Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Asam Pedas Ikan Patin

Asam Pedas Ikan Patin

Bahan-bahan:

  • Ikan patin – 1 kilogram
  • Air asam jawa – ½ liter
  • Cili kering – 10 tangkai
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Bawang merah – 6 ulas
  • Halia – ½ inci
  • Daun kesom – 20 gram
  • Serai – 4 batang
  • Bendi – 4 batang
  • Tomato – 2 biji
  • Cili merah – 2 tangkai
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah, halia, daun kesom dan serai sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak masak sebelum menumis bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Masukkan ikan dan biarkan selama kira-kira 5 minit.
  4. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan cili merah, bendi dan tomato yang telah dipotong.
  6. Biarkan masak seketika hingga mendidih.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Cara menghilangkan rasa pedas

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!