Apakah yang terkandung pada edisi pertama akhbar Utusan Melayu?

Edisi pertama akhbar Utusan Melayu

Sempenan ulang tahun ke-80 akhbar Utusan Melayu, syarikat percetakan tersebut akan memberikan sesuatu yang istimewa khas untuk pembaca setia mereka iaitu kandungan edisi pertama akhbar Utusan Melayu.

Nasihat yang baik mahal harganya.

Utusan Melayu yang bermula pada 29 Mei 1939 merupakan surat khabar yang diedarkan di Malaysia dengan menggunakan tulisan jawi.

Kelahirannya juga dikatakan sebagai puncak kejayaan bangsa Melayu dalam bidang media cetak pada ketika itu.

Kini Utusan Melayu hanya menjadi sisipan kepada akhbar Utusan Malaysia dengan kandungan yang terdapat padanya bercirikan berita semasa dalam dan luar negeri, pendidikan jawi, cerpen, hiburan, dan sukan.

Dengan sejarah penerbitannya yang panjang, akhbar Utusan Melayu ini pasti memberikan erti yang sangat besar terutama kepada bangsa Melayu.

Edisi pertama akhbar Utusan Melayu

Tetapi apakah tajuk dan kandungan yang terdapat pada edisi pertama akhbar ini? Kenapa nasihat yang baik perlu dibayar dengan harga mahal?

Jangan lupa dapatkan akhbar Utusan Malaysia pada 29 Mei 2019 untuk mengetahui apa yang terkandung pada edisi pertama akhbar Utusan Melayu!

Sumber gambar: utusan.com.my

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!