Antoine Griezmann berhijrah ke Barcelona dengan nilai perpindahan €120 juta

Antoine Griezmann berhijrah ke Barcelona

Barcelona telah mengesahkan Antoine Griezmann berhijrah ke kelab tersebut dengan nilai perpindahan €120 juta.

Pemenang Piala Dunia FIFA 2018 ini telah menandatangani perjanjian bersama kelab Barcelona untuk tempoh 5 tahun, dengan klausa perpindahan sebanyak €800 juta. Dengan itu, Griezmann akan kekal di Nou Camp sehingga tahun 2024.

 

Ia juga bermakna tempoh rundingan sejak beberapa bulan lepas untuk Barcelona mendapatkan pemain tersebut berakhir.

Griezmann sering dikaitkan dengan perpindahan ke Barca sejak musim panas yang lepas, tetapi akhirnya Griezmann menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Atlético hingga tahun 2023.

Bagaimanapun, Griezmann hanya menghabiskan satu musim lagi bersama Rojiblancos sebelum mengumumkan pada Mei lepas bahawa dirinya akan meninggalkan kelab tersebut pada musim panas ini.

Antara kejayaan yang pernah dimenangi oleh Antoine Griezmann ketika bersama Atlético Madrid ialah memenangi piala Europa League, UEFA Super Cup dan Supercopa Sepanyol.

Sumber gambar: Twitter @FCBarcelona_es

Baca artikel: Jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris 2019/2020

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!