Amerika Syarikat pertahankan kejuaraan Piala Dunia Wanita

Piala Dunia Wanita 2019

Pasukan Amerika Syarikat menewaskan pasukan Belanda dengan keputusan 2-0 untuk memenangi Piala Dunia Wanita 2019, sekaligus mempertahankan kejuaraan tersebut yang pernah dimenangi mereka pada tahun 2015.

Malah kejuaraan ini juga merupakan kejayaan buat kali ke-4 untuk pasukan Amerika Syarikat memenangi Piala Dunia Wanita.

Jaringan pertama pasukan Amerika Syarikat dijaringkan oleh Megan Rapinoe melalui sepakan penalti. Diikuti dengan gol kedua yang dijaringkan oleh Rose Lavelle.

Alex Morgan (kiri) bersama Megan Rapinoe meraikan kejayaan pasukan Amerika Syarikat.

Kejuaraan ini juga merupakan perlawan ketiga berturut-turut buat pasukan Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita.

Pada tahun 2011, pasukan Amerika Syarikat telah ditewaskan oleh pasukan Jepun pada perlawanan akhir. Empat tahun berikutnya, mereka berjaya menewaskan pasukan Jepun pada perlawanan akhir untuk memenangi Piala Dunia Wanita 2015.

Manakala bagi pasukan Belanda, kejayaan memasuki perlawanan akhir ini merupakan pencapaian terbaik buat skuad wanita mereka.

Pasukan Sweden yang menewaskan pasukan England dengan keputusan 2-1 sebelum itu, menduduki tempat ketiga untuk edisi Piala Dunia Wanita 2019.

Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia Wanita FIFA 2019
Anugerah Bola Emas Adidas – Megan Rapinoe (Amerika Syarikat)
Anugerah Kasut Emas Adidas – Megan Rapinoe (Amerika Syarikat)
Anugerah Sarung Tangan Emas Adidas – Sari Van Veenendaal (Belanda)
Anugerah Pemain Muda FIFA – Giulia Gwinn (Jerman)

Rekod Juara Piala Dunia Wanita
1991 – Amerika Syarikat
1995 – Norway
1999 – Amerika Syarikat
2003 – Jerman
2007 – Jerman
2011 – Jepun
2015 – Amerika Syarikat
2019 – Amerika Syarikat

 

View this post on Instagram

 

🏆🏆🏆🏆 🇺🇸 @uswnt 👏 #FIFAWWC #USA #Champions

A post shared by FIFA World Cup (@fifaworldcup) on

Sumber gambar: Instagram @fifaworldcup@fifawomensworldcup

Baca artikel: Jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris 2019/2020

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!