AirAsia bakal buka restoran!

AirAsia bakal buka restoran

AirAsia bakal buka restoran? Ya, anda tidak perlu lagi menaiki penerbangan AirAsia untuk menikmati semua jenis hidangan yang terdapat dalam penerbangan mereka.

Menurut CEO AirAsia Group, Tony Fernandes, mereka merancang untuk membuka restoran dengan menjual makanan seperti yang dihidangkan dalam penerbangan mereka. Malah kita tidak perlu lagi menaiki penerbangan AirAsia hanya untuk menikmati hidangan Pak Nasser’s Nasi Lemak.

Pak Nasser’s Nasi Lemak.

Tony memaklumkan mengenai restoran makanan segera ini menerusi rancangan ‘Larry King Now‘ ketika mempromosikan buku biografi ‘Flying High: My Story: From AirAsia to QPR‘.

Menurut Tony lagi, kedai tersebut bakal diberi nama Santan dan diberikan taglinegourmet in-flight dining experience“.

Pengumuman ini pasti memberikan keterujaan kepada penggemar nasi lemak mereka yang terkenal itu.

Sumber gambar: Instagram @tonyfernandes & airasia.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!