Acar Buah

Acar Buah

Bahan-bahan:

  • Buah jeruk (asam boi, prun, apricot, ceri dan sebagainya) – 600 gram
  • Cili kisar – 2 sudu besar
  • Bawang besar – 2 labu
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Halia – 4 cm
  • Tomato puri – 220 gram
  • Serbuk kari – 2 sudu besar
  • Cuka – 2 sudu besar
  • Gula – 2 sudu besar
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – ½ cawan

Cara menyediakan:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus.
  2. Panaskan minyak masak sebelum menumis bahan kisar bersama cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan tomato puri, rempah kari, cuka, gula dan garam.
  4. Biarkan sehingga mendidih sebelum masukkan buah-buahan jeruk.
  5. Gaul semua bahan hingga sebati dan biarkan seketika.
  6. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!