Abigail: Filem aksi fantasi

Featured Video Play Icon

Pekan yang didiami oleh Abby (Abigail) telah ditutup selama bertahun-tahun kerana wabak penyakit misteri.

Bapa kepada Abby pula dipercayai telah mati diakibatkan oleh wabak misteri tersebut ketika dirinya masih kecil.

Abigail

Beberapa tahun kemudian, Abby mendapati dirinya mempunyai kuasa ajaib yang sangat istimewa. Malah ramai penduduk pekan yang didiaminya juga memiliki kuasa ajaib.

Wabak misteri yang dikatakan menjadi punca kematian bapanya itu pula merupakan satu pembohongan oleh pihak berkuasa. Ia bertujuan supaya pihak berkuasa dapat memenjarakan sesiapa sahaja yang memiliki kebolehan ajaib tersebut tanpa diketahui orang ramai.

Abby yang percaya bapanya masih hidup memulakan misi mencari bapanya itu dengan menentang pihak berkuasa.

Adakah bapa Abby masih hidup dan dapatkah dirinya menghadapi pelbagai cabaran dalam misinya itu?

Saksikan filem Abigail yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 Ogos 2019 nanti.

Abigail

Barisan pelakon filem Abigail

  • Tinatin Dalakishvili (Abigail Foster)
  • Eddie Marsan (Jonathan Foster)
  • Artem Tkachenko (William Garret)
  • Ravshana Kurkova (Stella)
  • Rinal Mukhametov (Norman)
  • Gleb Bochkov (Bale)
  • Marta Timofeyeva (Abigail kanak-kanak)
  • Nikita Tarasov (Ethan)
  • Olivier Siou (Spencer)
  • Ksenia Kutepova (Margaret Foster)
  • Nikita Diuvbanov (Marcus)
  • Petar Zekavitsa (Roy)
  • Cecile Pleget (Lilian)

Baca artikel: 5 seni mempertahankan diri yang harus dipelajari


Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!