8 sebab utama mengapa perlu makan pisang lebih banyak

Mengapa perlu makan pisang

Pisang merupakan buah yang baik untuk kesihatan dan sangat mudah untuk didapati. Ia juga dikatakan sebagai buah yang paling banyak dimakan oleh manusia di seluruh dunia.

Malah buah ini juga telah divariasikan kepada pelbagai jenis makanan ringan yang sedap untuk dimakan seperti pisang goreng, kerepek pisang dan banana split.

Cuba amalkan untuk memakan pisang dengan lebih kerap selama beberapa minggu dan anda pasti terkejut dengan kesan yang disebabkan olehnya.

Berikut disenaraikan 8 sebab utama mengapa anda perlu makan pisang dengan lebih banyak;

Mengapa perlu makan pisang

1. Mengandungi nutrisi penting
Pisang merupakan sumber semulajadi terbaik untuk mendapatkan vitamin dan nutrisi, seperti kalium, vitamin B6, vitamin C, protein, mangan, serat, zat besi dan banyak lagi khasiat yang penting untuk pelbagai aspek kesihatan.

2. Meningkatkan tenaga
Pisang boleh berperanan untuk melindungi tubuh anda dari kandungan potassium dan antioksidan yang tinggi. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk dimakan ketika bersarapan, minuman petang atau dijadikan sebagai makanan ringan sebelum bersenam.

3. Mengawal kandungan gula dalam darah
Kandungan kanji dan pektin yang terdapat pada pisang dipercayai mampu mengawal paras gula dalam darah anda dengan melambatkan proses penghadaman.

4. Mengurangkan berat badan
Walaupun tiada bukti saintifik yang menyatakan pisang mampu mengurangkan berat badan, sesetengah ciri yang terdapat padanya pasti boleh memberi manfaat. Kandungan kanji yang terdapat padanya boleh membuatkan kita cepat kenyang, manakala kandungan pektin boleh menyebabkan kita berasa kenyang lebih lama.

5. Bermanfaat untuk kesihatan fizikal
Pisang dikenali sebagai makanan yang mudah untuk dihadam dengan kandungan nutrisi yang tinggi. Kerana itu ia sangat sesuai dijadikan sebagai makanan ringan untuk atlet. Malah ramai atlet yang menyatakan ia mampu melegakan kekejangan otot dan rasa sakit selepas bersukan.

6. Meningkatkan mood
Kandungan asid amino tryptophan yang tinggi pada pisang boleh dimanfaatkan oleh tubuh anda kepada serotonin yang dipercayai mampu memberi perasaan selesa dan menyenangkan.

7. Menguatkan jantung
Oleh kerana kandungan potassium yang tinggi, pisang adalah makanan penting untuk menjaga kesihatan jantung supaya menjadi lebih kuat dan berfungsi dengan baik. Potassium juga membantu untuk mengekalkan penguncupan otot secara berkala dan memberitahu jantung anda untuk mengepam darah melalui seluruh badan.

8. Mengurangkan ulser perut dan ‘heartburns
Pisang merupakan neutralizer asid yang bagus untuk mengurangkan ulser perut dan heartburns. Ia juga mampu mengembalikan keseimbangan dalam usus dengan mengurangkan keradangan.

Baca artikel: Kurangkan kolestrol dengan avokado

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!