8 manfaat timun terhadap kesihatan

Manfaat timun terhadap kesihatan

Pernahkah anda terfikir timun yang biasa kita makan dan sering digunakan sebagai ulam dalam sajian nasi lemak juga memiliki pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.

Malah setiap makanan lain yang kita makan juga memiliki pelbagai khasiat dan manfaat yang tersendiri terhadap kesihatan kita jika dimakan secara seimbang.

Berikut disenaraikan 8 manfaat timun terhadap kesihatan;

  1. Berkhasiat
    Timun yang berair memiliki lemak dan kalori yang sangat rendah, tetapi memiliki kandungan vitamin yang sangat tinggi. Selain vitamin C dan vitamin K yang baik untuk kesihatan, ia juga mengandungi kalium dan magnesium.
  2. Menentang kanser
    Timun mengandungi sebatian seperti cucurbitacin, glucosides, dan lignans yang berperanan sebagai antioksidan untuk menjaga ‘radikal bebas’. Antioksidan juga dikenali sebagai baik untuk menentang kanser, sekaligus berperanan untuk melindungi DNA anda.
  3. Air
    Hampir 95% kandungan timun adalah air. Oleh itu, ia merupakan cara yang terbaik untuk kekal hidrasi melalui makanan.
  4. Menyahtoksikan
    Timun memiliki sifat diuretik yang membantu hati anda untuk menghilangkan toksin dari usus dan salur darah. Ia juga bertindak untuk menapis sebarang unsur tidak baik terhadap kesihatan anda dan ianya akan disalurkan melalui saluran pencernaan.
  5. Mengurangkan berat badan
    Makan sekurang-kurangnya 30 gram serat setiap hari. Pastikan anda memakan kulit timun sebagai serat kerana semua kandungan serat yang terdapat pada timun terletak pada kulitnya.
  6. Menguatkan tulang
    Satu cawan jus timun mengandungi kira-kira 22% kandungan vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang. Kekurangan vitamin K akan menyebabkan tulang menjadi rapuh dan retak.
  7. Melembutkan kulit
    Meminum jus timun dapat mengurangkan kemerahan dan bengkak pada wajah, selain berperanan untuk melembutkan kulit.
  8. Mengurangkan sakit kepala
    Sakit kepala sering diakibatkan oleh dehidrasi. Oleh itu, timun sangat sesuai untuk mengatasi masalah sakit kepala yang disebabkan oleh dehidrasi. Buah tembikai, nanas dan pisang juga sesuai untuk membantu anda mengatasi masalah dehidrasi tersebut.

Baca artikel: 8 sebab utama mengapa perlu makan pisang lebih banyak

Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!