6 port makan terbaik di Ampang

Ampang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ampang, Selangor dan Ampang, Kuala Lumpur.  Malah Ampang juga terkenal dengan banyak perkara, antaranya ialah menara KLCC yang terletak di Jalan Ampang dan kesesakan jalan raya yang teruk di Jalan Ampang,

Tetapi di manakah tempat makan yang menarik untuk dikunjungi di Ampang? Berikut disenaraikan 6 kedai yang harus anda cuba di Ampang.

 

Sumber gambar: Facebook Me’nate Steak Hub

Me’nate Steak Hub Ampang
Restoran ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Sememangnya terkenal dengan menu masakan barat, terutamanya daging wagyu.

Lokasi: 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

 

Sumber gambar: Facebook The Garage KL

The Garage KL
Sebuah restoran dengan dekorasi hipster. Bukan sekadar menyediakan menu ala barat, tetapi juga terdapat menu yang memenuhi selera orang Melayu seperti nasi kerabu, ikan keli bakar dan sup tulang.

Lokasi: 841, Jalan Hulu Kelang, Hillview, 68000 Ampang, Kuala Lumpur.

 

Sumber gambar: Facebook Nasi Ayam Hailam

Nasi Ayam Hailam, Ampang Point
Khas buat penggemar nasi ayam. Anda pasti tidak akan pernah jemu untuk makan di sini kerana keenakan rasa nasi ayamnya yang tersendiri.

Lokasi: Lot 57, Ampang Point, Jalan Mamanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor.

 

Sumber gambar: Facebook Burger Bakar Abang Burn

Burger Bakar Abang Burn
Merupakan burger bakar paling popular di Malaysia sehingga kini. Keenakan burger bakar dengan hirisan keju yang melimpah pasti menjadikan anda lebih berselera.

Lokasi: Jajahan Burger Bakar Abang Burn, Dagang Avenue Food Court, 68000 Ampang, Selangor.

 

Sumber gambar: Facebook Det Station

Det Station
Bukan sekadar burger! Kedai ini juga terkenal dengan masakan char kuey teow dan nasi lemak.

Lokasi: No. 19, Jalan Avenue 3, Avenue Ampang, 68000 Ampang, Selangor.

 

Sumber gambar: Facebook Nasi Lemak Saleha

Nasi Lemak Saleha
Warung nasi lemak paling popular di Kuala Lumpur. Kelazatan sambal nasi lemak bersama aneka pilihan lauk tambahan pasti membuka selera anda untuk makan.

Lokasi: No. 11, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!