5 tempat paling misteri di dunia

Tempat paling misteri di dunia

Bumi adalah tempat yang menakjubkan dan banyak memiliki keajaiban alam semulajadi dan buatan manusia.

Namun planet kita juga banyak memiliki tempat-tempat yang misteri dan tidak diketahui oleh kita. Malah misteri tersebut juga boleh menjadikan anda berasa kagum terhadap lokasi tersebut.

Berikut disenaraikan 5 tempat paling misteri di dunia;

Tempat paling misteri di dunia

Area 51 (Nevada)

Fasiliti Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Area 51 ini terletak di Nevada, Amerika Syarikat. Pangkalan tentera rashsia Amerika Syarikat ini dikelilingi oleh padang pasir dan menjadi tumpuan ahli teori konspirasi dan Hollywood selama beberapa dekad. Ia dikatakan menjadi pusat eksperimen kerajaan Amerika Syarikat terhadap makhluk asing. Kini ia telah menjadi destinasi pelancongan, tetapi para pelancong tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut.


Segitiga Bermuda

Segitiga Bermuda merupakan lokasi misteri paling terkenal di dunia. Ia memiliki keluasan 500,000 batu persegi dan terletak di Lautan Atlantik di antara pulau Bermuda; Miami, Florida; dan San Juan, Puerto Rico. Lebih daripada 20 pesawat dan 50 kapal dikatakan telah dilaporkan hilang di kawasan tersebut secara misteri tanpa sebarang penjelasan. Walaupun banyak kapal yang berjaya melalui kawasan tersebut setiap hari, ia tetap masih memiliki misteri di sebalik kebanyakan kemalangan yang tidak dapat dijelaskan itu.


Air Terjun Berdarah (Antartika)

Walaupun air terjun di Antartika ini kelihatan seperti darah yang mengalir menembusi permukaan berais, para saintis akhirnya menyatakan pada tahun 2014 bahawa ia disebabkan oleh glasier dan pengoksidaan besi dalam kolam air masin. Namun ia masih menjadi tempat yang menarik untuk dikunjungi.


Tempat paling misteri di dunia

Jambatan Syaitan (Kromlau, Jerman)

Terdapat banyak tempat di dunia ini yang dinamakan sebagai Jambatan Syaitan disebabkan oleh kejadian luar biasa. Tetapi Jambatan Syaitan yang paling terkenal ini terletak di Kromlau, Jerman. Ia juga dikenali dengan nama Rakotzbrücke dalam bahasa Jerman. Pantulan jambatan tersebut terhadap air menghasilkan satu lingkaran yang sempurna dan menarik untuk dikunjungi.


Pintu ke Neraka (Turkmenistan)

Hampir 50 tahun yang lalu, berlakunya kejadian kawah yang berapi dan sentiasa terbakar di padang pasir utara Turkmenistan. Kawah Darvaza atau lebih dikenali sebagai ‘Pintu ke Neraka’ ini masih terbakar sehingga hari ini, dan cahayanya boleh kelihatan dari jauh pada waktu malam. Ia dikatakan berpunca oleh kemalangan ketika proses penggerudian gas asli.

Baca artikel: 5 masjid tercantik di dunia yang mengagumkan


Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!