5 sebab kenapa anda harus pergi Festival Multimedia Cyberjaya

Festival Multimedia Cyberjaya

Perhatian kepada pencinta seni, animasi dan muzik! Festival Multimedia Cyberjaya bakal kembali lagi dengan acara yang lebih besar kali ini.

Pemaju Cyberjaya, Setia Haruman akan menganjurkan acara tersebut pada 7 September 2019 di Tamarind Square, Cyberjaya. Ia juga bermakna berakhirnya acara Kre8tif Asia Tenggara.

Festival Multimedia Cyberjaya

Tema pada tahun ini ialah ‘Light Up!‘ dengan menjanjikan suasana yang meriah dan menyeronokkan untuk semua golongan usia menikmati seni, animasi dan muzik.

Tetapi apa yang membuatkan anda perlu menghadiri festival tersebut?

Berikut disenaraikan 5 sebab kenapa anda harus pergi Festival Multimedia Cyberjaya;

1. ‘Projection mapping’ di Tamarind Square
Salah satu trend terkini dalam dunia persembahan dan seni kreatif ialah projection mapping. Ia merupakan teknik paparan visual yang menggunakan projektor terhadap sebarang jenis permukaan untuk mendapatkan paparan visual yang menarik.

2. Persembahan daripada barisan pemuzik terbaik
Festival ini akan menampilkan beberapa artis tempatan yang terbaik seperti kumpulan rock, Azlan the Typewriter serta penyanyi elektro-pop dan R&B, Leaism dan The Impatient Sisters. Selain itu, pemain DJ terkenal, DJ Public School akan memutarkan muzik terbaik untuk menamatkan acara tersebut.

3. Aktifkan cahaya melalui ‘tweet’ anda
Salah satu acara utama pada festival ini ialah dengan pemasangan cahaya interaktif yang membolehkan anda menentukan warna paparan cahaya melalui tweet secara langsung. Contohnya, jika tweet yang dihantar ialah ‘#light up! Yellow’, maka papan tanda rasmi acara tersebut akan bertukar menjadi kuning. Ingin tahu bagaimana ia berfungsi? Datang dan alami sendiri keajaiban tersebut.

4. Suasana yang penuh meriah untuk setiap pengunjung
Festival ini akan dimeriahkan lagi dengan tayangan filem percuma, trak makanan dan pelbagai aktiviti mini yang boleh disertai oleh semua orang.

5. Percuma
Acara ini adalah percuma untuk disertai oleh semua orang. Anda hanya perlu mendaftar melalui laman sesawang eventboxasia.com untuk menyertainya.

Ikuti akaun Facebook rasmi Setia Haruman untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca artikel: 5 destinasi menarik untuk yang mahukan ketenangan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!