5 masjid tercantik di dunia yang mengagumkan

Masjid tercantik di dunia

Masjid merupakan tempat beribadat untuk semua umat Islam, selain dijadikan tempat untuk menyebarkan syiar Islam dan mengeratkan silaturahim bersama komuniti setempat.

Setiap kali mengunjungi masjid, ia pasti akan memberikan ketenangan kepada diri kita. Malah setiap masjid juga memiliki identiti tersendiri dari segi rekaan seni bina yang menjadi simbol keagungan Islam sepanjang zaman.

Berikut disenaraikan 5 masjid tercantik di dunia yang harus anda kunjungi;

Masjid tercantik di dunia
1. Masjid Biru – Istanbul, Turki

Salah satu daya tarikan pelancong di Turki yang dibina di antara tahun 1609 dan 1616. Masjid Biru ini adalah hasil wawasan seni bina Sultan Ahmet I dari Empayar Uthmaniyah ketika baginda berusia 13 tahun. Ia memiliki 6 menara tinggi, berbanding masjid-masjid tradisional yang hanya mempunyai 1 hingga 4 menara, dan ia harus dikunjungi dalam kumpulan lawatan berpandu yang kecil bagi mempelajari tentang masjid bersejarah ini.


2. Masjid Kul Sharif – Kazan, Russia

Terletak di Kazan, sebuah kota di barat daya Russia. Masjid Kul Sharif yang amat menakjubkan ini telah dbina semula pada tahun 2005 dengan ciri-ciri seni bina moden setelah dimusnahkan pada tahun 1552. Ia merupakan antara masjid yang terbesar di Eropah dan mempunyai 3 kawasan utama iaitu bangunan masjid, batu peringatan dan sayap pentadbiran.


3. Masjid Hassan II – Casablanca, Maghribi

Masjid Hassan II adalah salah satu masjid terbesar di benua Afrika. Ia menampilkan menara masjid yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 210m. Dengan dihiasi dengan jubin-jubin berbentuk geometri Islamik,  kecantikan masjid ini menjadi satu keajaiban untuk disaksikan oleh anda sendiri. Masjid ini juga merupakan salah satu masjid di Maghribi yang membenarkan pelawat bukan beragama Islam memasukinya.


4. Masjid Besar Sheikh Zayed – Abu Dhabi, UAE

Suatu seni bina yang mengagumkan. Masjid Besar Sheikh Zayed merupakan salah satu masjid terbesar di dunia, dengan kapasiti 40,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini menampilkan dinding marmar seputih salji, candelier kristal emas 24-karat dan permaidani tenunan tangan yang terbesar di dunia yang berukuran 5,630 m². Masjid ini juga dilawati lebih 5 juta pengunjung setiap tahun.


Masjid tercantik di dunia
5. Masjid al-Haram – Mekah, Arab Saudi

Tapak ziarah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah. Masjid al-Haram adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam dan mampu menampung sehingga 4 juta jemaah. Layari agoda.com/umrah untuk lebih daripada 200 pilihan penginapan yang ditawarkan pada kadar harga istimewa bagi para jemaah yang mahu mengunjungi kota Mekah.


Baca artikel: Cara mendapatkan harga tiket penerbangan terbaik

Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!