5 kedai makan wajib cuba di Bangi

Bangi boleh dikatakan sebagai ‘syurga makanan’ bagi kebanyakan orang sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya.

Soalan “Hendak makan di mana?” juga dikatakan menjadi masalah kepada warga Bangi, kerana terlampau banyak pilihan yang boleh dibuat.

Berikut disenaraikan 5 kedai makan wajib cuba di Bangi.


Itik Salai Masthar
Beroperasi di Medan Selera Adikku, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, kedai ini menyediakan menu istimewa masak lemak cili padi. Tetapi jika medan selera tersebut terlalu ramai, anda boleh ke cawangan mereka yang berhampiran iaitu di Food Vallet, Kajang.


Restoran Asam Pedas Parit Jawa Muar (JDT)
Tidak perlu lagi untuk ke Muar bagi mendapatkan Asam Pedas Muar yang popular itu. Lokasi restoran ini ialah di Bangi Sentral dan berhampiran dengan Kompleks PKNS.

Sumber gambar: Facebook @sambalulegbangi

Restoran Sambal Uleg
Buat penggemar makanan Indonesia seperti ayam penyet, pecel lele dan bakso boleh mencuba makan di Restoran Sambal Uleg yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Sambal yang dihidangkan bersama ayam penyet pasti menambahkan lagi selera makan anda.

Sumber gambar: Facebook @roticanaidbukitofficial

Roti Canai D’Bukit
Inilah kedai makan paling popular untuk bersarapan di Bandar Baru Bangi. Keenakan kuah yang dihidangkan bersama roti canai mereka tidak perlu dinafikan lagi. Malah nasi lemak yang terdapat di restoran ini juga sangat sedap.

Sumber gambar: Facebook DWarung Bawal B.B.Bangi

D’warung Bawal Goreng Panas
Lokasinya hanya bersebelahan dengan restoran Roti Canai D’Bukit. Keenakan ikan bawal yang digoreng garing di kedai ini juga tidak boleh dinafikan. Tetapi anda harus cepat jika mahu mendapatkan ikan bawal goreng mereka. Jika datang selepas waktu lunch, bermakna anda mungkin boleh lupakan niat untuk mendapatkan ikan bawal. Tetapi mereka masih memiliki pelbagai pilihan yang boleh anda makan seperti ayam goreng dan ikan keli.

 

Sumber gambar: Facebook @BandarBaruBangi

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!