5 destinasi menarik untuk yang mahukan ketenangan

Destinasi menarik untuk yang mahukan ketenangan

Antara tujuan anda mendapatkan percutian ialah untuk mendapatkan ketenangan dan mengurangkan tekanan. Ia bagaikan kita keluar daripada dunia yang biasa kita lalui setiap hari tanpa perlu memikirkan masalah kerja, perhubungan dan sebagainya.

Memilih destinasi percutian yang bersesuaian juga adalah amat penting untuk anda dapat menikmati ketenangan sepanjang tempoh percutian tersebut.

Berikut disenaraikan 5 destinasi menarik untuk anda yang mahukan ketenangan;

Destinasi menarik untuk yang mahukan ketenangan

Agra, India
Menikmati keindahan salah satu Wonders of the World. Taj Mahal yang terletak di Agra, India ini merupakan makam marmar putih yang dianggap sebagai paling indah di dunia. Ia dibina pada tahun 1631 oleh seorang maharaja sebagai bukti cinta beliau kepada isteri kesayangannya.

Destinasi menarik untuk yang mahukan ketenangan

Pulau Jeju, Korea Selatan
Dikenali sebagai Hawaii Korea Selatan. Pulau Jeju membolehkan anda melihat budaya Korea di luar bandaraya Seoul. Pengunjung boleh mendaki gunung berapi, mandi air terjun, menyelam skuba dan menikmati makanan laut segar.

Destinasi menarik untuk yang mahukan ketenangan

Prague, Czech Republic
Salah satu destinasi paling kurang diberikan perhatian di Eropah. Prague dipenuhi daya tarikan zaman pertengahan dengan seni bina unik seperti Charles Bridge, Prague Castle dan Wallenstein Palace.

Provence, Perancis
Bandar bersejarah dan desa-desa lereng bukit yang unik dengan istana zaman pertengahan, selain kedai-kedai dan restoran-restoran moden menjadikan Provence sebagai destinasi yang menarik. Ia juga terkenal dengan masakannya yang menggunakan bahan-bahan tempatan.

Mekah, Arab Saudi
Merupakan tempat terbaik untuk umat Islam mendapatkan ketenangan. Masjid al-Haram yang terletak di Mekah, Arab Saudi merupakan masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam dan mampu menampung sehingga 4 juta jemaah. Layari agoda.com/umrah untuk lebih daripada 200 pilihan penginapan yang ditawarkan pada kadar harga istimewa bagi para jemaah yang mahu mengunjungi kota Mekah.

Baca artikel: Inilah punca-punca utama kenapa anda perlukan percutian

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!