4 cara mudah bersihkan kerang

Khas buat penggemar makanan laut iaitu kerang. Ianya sangat sedap untuk dimakan walaupun sekadar dibakar atau direbus sahaja.

Sebelum memasak kerang, anda perlu membersihkan dahulu bahagian cengkerang yang kotor akibat lumpur yang melekat padanya. Tetapi tahukah anda bagaimana cara mudah untuk membersihkan kerang?

Berikut ialah beberapa bahan yang boleh anda guna untuk membersihkan kerang;

Serai
Ketuk beberapa batang serai dan rendamkannya bersama kerang di dalam bekas yang berisi air. Gaulkan kerang dan serai tersebut dan biarkan selama 15 minit sebelum ditoskan.

Air beras
Air beras memang sangat terkenal dengan sifatnya untuk membersihkan sesuatu. Maka ia juga sesuai digunakan untuk membersihkan kerang.

Pelepah pisang
Gosokkan pelepah pisang pada kerang ketika dibasuh. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses membersihkan kerang.

Span keluli / Berus dawai
Ia merupakan alat paling mudah didapati di pasaraya dan boleh disimpan lama. Hanya gosokkan kerang menggunakan berus dawai sehingga bersih.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!