14 tanda anda merupakan kawan yang buruk

Kawan yang buruk

Kawan yang buruk? Tiada siapa mahu dilabelkan sebagai kawan yang buruk disebabkan oleh kesilapan yang pernah dilakukan. Tetapi siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan? Mungkin dengan sengaja atau tidak sengaja.

Berikut disenaraikan 14 perkara dan tanda anda merupakan kawan yang buruk. Baca dan nilaikan diri anda sendiri.


Biar buruk rupa. Jangan buruk perangai!


  1. Berbohong merupakan satu tabiat yang buruk dan tidak digemari oleh semua orang. Jangan sering menggunakan alasan ‘on the way‘, walhal anda masih berada di rumah, kerana ia juga satu jenis pembohongan.
  2. Siapa yang suka menunggu untuk satu tempoh yang lama? Menepati masa ialah aspek yang penting untuk mendapatkan kepercayaan dalam sesuatu perhubungan.
  3. Sering lambat membalas mesej atau menjawab panggilan telefon. Yang paling teruk sekali ialah anda hanya memberikan bluetick di WhatsApp.
  4. Sering meluahkan masalah kepada rakan-rakan. Tiada siapa mahukan kawan yang sentiasa bermasalah.
  5. Hanya bercerita mengenai diri sendiri dan tidak memberi peluang kepada rakan-rakan untuk bercerita.
  6. Tidak suka pergi ke tandas seorang diri dan sentiasa mahukan teman. Berikan sedikit ruang privasi kepada rakan-rakan anda. Tidak semua perkara harus dilakukan bersama.
  7. Membawa pasangan kekasih ketika lepak bersama rakan. Dan menjadi lebih buruk apabila anda sering bertengkar dengan kekasih di hadapan rakan-rakan. Ia akan menjadikan rakan-rakan berasa tidak selesa dengan kehadiran anda berdua.
  8. Sering bercerita kelemahan diri dan mudah putus asa. Kebanyakan orang akan mengelakkan orang yang sebegini kerana tidak mahu dipengaruhi perkara negatif.
  9. Tidak hadir ke majlis yang dianjurkan oleh rakan-rakan seperti doa selamat, hari jadi atau perkahwinan. Cuba dapatkan masa untuk mereka. Anda mungkin akan dilabel sebagai rakan yang tidak supportive jika sering melakukan kesilapan ini.
  10. Susah untuk bertoleransi dan kata-kata anda adalah muktamad. Sikap mementingkan diri ini antara perkara paling dibenci oleh semua orang.
  11. Sering meminjam wang atau meminta rakan untuk belanja makan. Malah ada yang sudah meminjam tetapi susah hendak membayarnya kembali. Perkara berkaitan wang ini merupakan perkara utama untuk dihindari. Adik-beradik juga boleh bergaduh kerana wang.
  12. Rakan-rakan hanya  memberi tugasan mudah atau tidak langsung memberi apa-apa tugasan kepada anda ketika sebarang majlis yang dianjurkan bersama.
  13. Perhatian kurang diberikan setiap kali anda berbicara. Mungkin rakan-rakan sudah mula rasa menyampah dengan diri anda.
  14. Rakan-rakan mula menjauhkan diri dan tidak mengajak untuk melakukan sebarang aktiviti yang sering dilakukan bersama. Ini adalah masa ‘kecemasan’ untuk anda menilai kesilapan diri sendiri!

Baca artikel: Korang mesti ada geng makan yang macam ni. Confirm!

Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!