14 gol hangatkan perlawanan amal JDT All-Stars

JDT All Stars

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjaringkan satu gol untuk membantu pasukan JDT TMJ ketika menewaskan pasukan JDT Rest Of The World dalam perlawanan amal JDT All-Stars di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada hari semalam.

JDT All Stars

Keputusan jaringan 9-5, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 14 gol semestinya menghangatkan suasana lebih 17,000 penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Robert Pires (kiri) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim antara yang menyumbangkan gol untuk pasukan JDT TMJ.

Gol untuk pasukan JDT TMJ dijaringkan oleh David Trezeguet (2 gol), Florent Malouda (3 gol), Robert Pires (2 gol), Diogo Luis Santo (1 gol) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (1 gol).

Manakala gol untuk pasukan JDT Rest Of The World dijaringkan oleh Louis Saha (1 gol), Rivaldo (2 gol), Edgar Davids (1 gol) dan Claudio Caniggia (1 gol).

Semua hasil kutipan daripada perlawanan ini disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Pertubuhan Pertolongan Wanita.

Sumber gambar: Twitter @OfficialJohor

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!