12 cara untuk mudah tidur malam

Cara untuk mudah tidur malam

Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah sangat penting agar tubuh badan kekal sihat. Jika dibiarkan masalah untuk tidur berterusan, dikhuatiri ia akan menjadi penyakit pula kepada diri kita.

Ramai yang mengambil jalan mudah seperti mengambil ubat untuk tidur, tetapi ia akan memberi kesan yang buruk terhadap tubuh badan kita jika ia diambil berterusan untuk jangka masa yang panjang. Jadi bagaimanakah cara untuk mudah tidur malam?

Untuk membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti, berikut disenaraikan beberapa cara yang mungkin dapat membantu anda untuk tertidur pada waktu malam.

1. Memakai pakaian yang lembut dan selesa
Memakai pakaian yang lembut boleh menjadikan badan kita berasa selesa. Secara tidak langsung ia turut menjadikan otak kita berasa selesa untuk mendapatkan rehat.

2. Bersenam pada awal pagi
Bersenam memang bagus untuk kesihatan. Tetapi bersenam pada waktu malam akan menyukarkan kita untuk tidur. Malah bersenam pada waktu malam juga boleh menjadi tidak bagus untuk kesihatan jantung.

3. Jangan menggunakan telefon atau komputer sebelum masuk tidur
Cahaya dari telefon atau komputer boleh menjejaskan mata, malah menyukarkan mata kita untuk terlelap. Jika anda memerlukan bahan bacaan sebelum tidur, bacalah buku buku yang sebenar (bukan e-book).

4. Buat rutin sebelum tidur
Melakukan rutin harian sebelum tidur seperti membaca, minum air masak, membuang air kecil atau apa sahaja aktiviti lain boleh membantu kita untuk tidur. Setiap kali kita melakukan rutin tersebut, badan kita akan menerima isyarat tersebut untuk tidur.

5. Sejukkan bilik tidur
Suhu yang sejuk mampu memudahkan kita untuk tidur. Tetapi jangan biarkan bilik menjadi terlampau sejuk. Cukup sekadar kita berasa selesa.

6. Bunyi kipas
Sesetengah orang sukar untuk tidur ketika suasana menjadi sangat sunyi. Oleh itu, bunyi kipas boleh menjadi bunyi yang sang menenangkan dan memudahkan kita untuk tidur. Jika tiada kipas di dalam bilik, boleh pasangkan bunyi air yang mengalir atau muzik yang menenangkan pada komputer atau telefon pintar sebagai ganti kepada bunyi kipas.

7. Gelapkan bilik
Tutup semua cahaya yang berada di dalam bilik. Ia kerana cahaya mampu menembusi kelopak mata ketika kita memejamkan mata. Harus diingat bahawa mata kita juga memerlukan rehat.

8. Berbual sebelum tidur
Luahkan apa yang dipendam dalam hati kita kepada seseorang. Ia kerana tekanan yang kita hadapi sepanjang hari juga boleh menyumbang kepada kesukaran kita untuk tidur.

9. Jangan mengambil makanan yang berat sebelum tidur
Makanan ialah sumber tenaga kepada tubuh badan kita. Mengambil makanan yang berat akan menyukarkan kita untuk tidur kerana kita masih memiliki tenaga yang berlebihan.

10. Hadkan pengambilan kafein sehingga tengah hari
Meminum minuman berkafein boleh menjadikan badan kita kembali segar. Cuba elakkan meminum minuman berkafein selepas jam 2 petang.

11. Tukar tilam dan bantal
Menukar tilam dan bantal yang baru boleh membantu kita untuk tidur. Ia kerana tubuh badan kita juga memerlukan suasana yang baru dan lebih selesa.

12. Hubungan seks
Melakukan perhubungan seks adalah cara yang terbaik untuk memudahkan kita tertidur. Ia kerana perhubungan seks dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi sepanjang hari, selain menjadikan badan kita penat dan memerlukan rehat. Malah ia juga mampu mengeratkan lagi perhubungan kedua pasangan. Tetapi ia hanya sesuai dilakukan oleh pasangan yang dah berkahwin.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!