11 langkah mencegah koronavirus

11 langkah mencegah koronavirus

Jumlah jangkitan pesakit koronavirus kini semakin cepat berkembang ke seluruh dunia.

Terlalu banyak maklumat yang diperolehi sehingga terbitnya juga banyak berita palsu. Pastikan anda mendapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai sahaja seperti laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia dan WHO.

Berikut disenaraikan 11 langkah-langkah yang harus diamalkan bagi mencegah jangkitan koronavirus

1. Basuh tangan dengan menggunakan air bersih dan sabun.
Ia merupakan perkara paling asas untuk mencegah daripada dijangkiti koronavirus.

2. Gunakan sanitizer sebagai alternatif kepada air bersih.
Pastikan anda membawa sanitizer jika berada di kawasan yang sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih dan sabun.

3. Bersihkan cincin.
Cincin boleh menjadi tempat pengumpulan bakteria. Pastikan ia sentiasa bersih.

4. Tombol pintu dan peralatan elektronik.
Peralatan yang sering kita sentuh seperti tombol pintu, telefon bimbit dan alat kawalan jauh televisyen juga boleh menjadi tempat berkumpulnya bakteria. Pastikan ia juga kerap dibersihkan.

5. Jangan sentuh muka.
Ia boleh menjadi perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Pastikan anda membersihkan tangan sebelum menyentuh bahagian muka terutamanya mata, telinga dan hidung.

6. Buang tisu.
Segera membuang tisu yang anda gunakan untuk menutup mulut ketika batuk atau terbersin. Ia bukan sahaja menjadikan diri anda bersih, malah mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

7. Kurangkan tekanan.
Tekanan perasaan boleh mengundang kepada pelbagai penyakit yang lain. Hindari tekanan perasaan untuk menjadikan mental anda juga kekal sihat.

8. Tidur yang mencukupi.
Pastikan badan anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Risiko untuk anda dijangkiti penyakit adalah lebih tinggi jika memiliki tubuh badan yang lemah.

9. Pemakanan yang sihat.
Ambil makanan yang seimbang dan menyihatkan. Elakkan juga untuk mengambil makanan segera.

10. Jarak selamat.
Pastikan anda berada dalam jarak selamat ketika bersosial. Cuba elakkan berada di kawasan yang sesak dengan manusia dan berada pada jarak 3 kaki dari orang yang batuk atau bersin.

11. Elakkan sentuhan.
Elakkan bersalaman, berpeluk dan bercumbu terutamanya dengan individu yang disyaki telah dijangkiti koronavirus. Senyuman yang manis boleh digunakan untuk menggantikan aktiviti bersalaman.

Sumber: moh.gov.my

Ringkasan Kes COVID-19 Di Malaysia (Sehingga 13 Mac 2020, 4:00 petang)

Kes disahkan positif – 197
Kes disahkan negatif – 3985
Masih menunggu keputusan makmal – 348
JUMLAH – 4530

Baca artikel: Pencemaran udara di China semakin berkurangan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!