100 pesawat dan 30 aset maritim dijangka berada di LIMA`19

LIMA`19

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA`19) akan memulakan acara mereka pada 26 Mac 2019 sehingga 30 Mac 2019.

Acara bertaraf dunia yang dimulakan pada tahun 1991 ini akan dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pertahan, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan EN Projets.

LIMA`19 ini juga semestinya akan disertai oleh pemimpin industri dan pegawai tentera. Malah para pelancong juga dijemput untuk menyaksikan acara pameran tersebut.

LIMA`19

Dengan 100 pesawat dan 30 aset maritim dijangka akan dipamerkan dalam acara pameran maritim dan aeroangkasa terbaik di Asia Pasifik, LIMA 2019 juga semestinya akan mempamerkan persembahan akrobatik di udara, selain persembahan maritim yang telah menjadi identiti mereka selama ini.

Selain itu, akan terdapat mesyuarat, persidangan, dan program perniagaan yang akan diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC).

Lokasi:
MIEC (aeroangkasa) dan Resort World Langkawi (maritim).

Tarikh:
26-28 Mac 2019 – Hari perdagangan
29-30 Mac 2019 – Hari terbuka

Layari laman sesawang limaexhibition.com untuk maklumat lanjut.

Sumber gambar: malaysia.travel

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!