10 makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk

Makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk

Peti sejuk sering digunakan untuk menyimpan makanan untuk menjadikan ia tahan lebih lama. Tetapi tahukah anda bahawa bukan semua jenis makanan perlu disimpan dalam peti sejuk?

Malah terdapat beberapa jenis makanan yang boleh rosak jika disimpan ke dalam peti sejuk.

Berikut disenaraikan 10 jenis makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk;

Makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk
1. Bawang

Kelembapan di dalam peti sejuk akan menyebabkan bawang bertukar menjadi lembik dan berkulat. Hanya simpan bawang tersebut di tempat yang dingin dan kering, tetapi elakkan menyimpan ia bersama dengan kentang. Jika keduanya disimpan bersama-sama, bawang dan kentang tersebut akan rosak dengan lebih cepat.


Makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk
2. Kentang

Menyimpan kentang di dalam peti sejuk akan menjadikan ia manis dan bertunas. Kerana persekitaran yang sejuk, ia akan bertukar menjadi kanji, dan gula akan terserap dengan lebih cepat dalam kentang. Sebaliknya, ia perlu disimpan di dalam beg kertas atau di tempat yang tidak sejuk.


Makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk
3. Kopi

Menyimpan kopi di dalam peti sejuk akan menyebabkan ia kehilangan rasa dan menyebabkan zat makanan di sekitar kopi akan terserap. Kopi perlu disimpan dalam jumlah yang kecil di tempat yang sejuk dan gelap.


4. Minyak Zaitun

Menyimpan minyak zaitun di dalam peti sejuk akan membuatkan ia terpeluwap dan bertukar menjadi keras seperti mentega.


5. Rempah ratus

Elakkan menyimpan rempah ratus seperti kulit kayu manis,  bunga lawang, bunga cengkih dan sebagainya untuk mengelakkan peti ais anda berbau herba. Rempah ratus ini harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

Baca artikel: Khasiat herba dan rempah ratus


6. Madu

Madu akan kekal baik selamanya jika anda menyimpan ia di dalam bekas bertutup rapat pada suhu bilik. Elakkan juga daripada terdedah pada cahaya matahari yang panas.


7. Roti

Peti sejuk akan mengeringkan roti anda dengan cepat, melainkan anda membuat roti sandwich dan bercadang untuk memakannya dalam tempoh beberapa hari akan datang.


8. Avokado

Pernahkah anda melihat avokado ketika sudah masak? Pasti anda tidak akan meletakkan ia di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, anda tidak akan menggunakannya apabila ia sudah masak.

Baca artikel: Kurangkan kolestrol dengan avokado


9. Tomato

Tomato akan kehilangan semua rasa, jika disimpan di dalam peti sejuk kerana udara sejuk akan memberhentikan proses tomato untuk masak. Penyejukan juga menyebabkan tekstur tomato berubah.


10. Sos

Tidak kisah sama ada sos cili atau sos tomato, kerana sos akan menjadi pekat dan sukar dikeluarkan dari botol jika menjadi sejuk. Ia hanya perlu disimpan pada suhu bilik dengan penutup botolnya yang ditutup rapat.


Baca artikel: Tip hilangkan bau busuk peti ais

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!